Monday, 28 August 2017

PERISTIWA 13 MEI 1969



NAMA AHLI KUMPULAN :                                                                                      NO PENDAFTARAAN :

MUHAMMAD MUAZ HIBATULLAH BIN MUHAMMAD HISHAM                   12DEE17F1022
AFIF SAFWAN BIN MUHD ZUKI                                                                                   12DEE17F1054
MUHAMMAD FITRI ADLI BIN MOHD FAUZY                                                        12DEE17F1003

TAJUK : HURAIAN SEJARAH BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI DI MALAYSIA, KESAN DAN PENGAJARANNYA

PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

SESI : JUN 2017

NAMA PENSYARAH : PUAN SURIA BINTI EMBONG

NAMA JABATAN : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)




PERHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada POLITEKNIK KUALA TERENGGANU kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan tugasan ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada USTAZAH SURIA EMBONG pensyarah Pengajian Malaysia kami yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses dalam menyiapkan tugasan ini.

Bukan itu sahaja, kami turut merasa bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan saling bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat melengkapkan tugasan ini dari awal hingga akhir dengan jayanya.


Akhir sekali, harapan kami agar segala yang kami hasilkan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam subjek Pengajian Malaysia serta dapat kami memanfaatkan pada masa akan datang dan dapat memudahkan kami untuk menjawap peperiksaan akhir semester nanti.



PENGENALAN



TARIKH BERLAKU : 13 MEI 1696
KAUM YANG TERLIBAT : MELAYU DAN CINA

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.


Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.


Ekonomi adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.Kesimpulannya, kejadian ini telah menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan kerajaan telah mengambil tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap kaum melayu.







KRONOLOGI


  




        Selepas Pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti Tindakan Rakyat(DAP) dan Gerakan kemenangan yang memberangsangkan.Walaupun Parti perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya.Urutan pertistiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang kemudian,apabila diteruskan menjadi semakin hangat sehinggan perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.DAP dan GERAKAN mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969.Perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.UMNO berasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut.Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor mengetuai perarakan tersebut.Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad.Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja(selangor).Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor dadlah seramai 172 sehinggan 196 orang.Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka.Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan raya.(ketika ini Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya peringkat negeri).

Kesimpulannya, dari pada peristiwa ini kita haruslah mempunyai sifat bertolak ansur. Contohnya, rakyat Malaysia haruslah hormat-menghormati antara kaum  supaya kejadian ini tidak akan berlaku.



PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969





1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Ø  Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah  Melayu telah dilayan dengan berbeza.
Ø  Masyarakat Cina  telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang orang Melayu.
Ø  Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan  perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan
Ø  Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.


2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Ø  Selain itu, dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan  konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan  juga polarisasi kaum.
Ø  Contohnya, orang-orang Cina tinggal di kawasan bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong .
Ø  Sementara orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Ø  Kaum India kebanyakannya pula bekerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Ø  Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .


3. Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza

Ø  Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah  dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada  meletusnya peristiwa 13 Mei.
Ø  Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi  kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah  Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Ø  Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Ø  Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Ø  Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berdasarkan negeri asal mereka, malahan buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .
Ø  Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.
Ø  Sekolah  Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.


4. Pertelingkahan Parti Politik

Ø  Di samping itu juga, dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta  dalam pilihan raya .
Ø  Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu .
Ø  Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang.
Ø  Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .
Ø  Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan  perasaan orang-orang Melayu.
Ø  Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini .
Ø  Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.
Ø  KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan  supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera  dihapuskan.


5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

Ø  PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas  hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa  orang Melayu dalam perlembagaan .
Ø  Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah  tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut  Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan  Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar  yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan  tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.                           
Ø  Hakikat sebenarnya, kedudukan taraf ekonomi orang  Melayu adalah paling bawah berbanding dengan kaum  Cina .


6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Ø  Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk  antara menyatakan dengan jelas tentang kedudukan  bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai  bahasa rasmi negara.
Ø  Selepas sepuluh tahun merdeka  kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan  bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Ø   Untuk  mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan  memperluaskan penggunaan bahasa Melayu .
Ø  Antara  kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa  Kebangsaan .




ANGKA KORBAN

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu  : 86 orang
Cina  : 342 orang
Lain-lain  : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.



ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969





Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik  (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang kebijaksana kita haruslah memilih pemimpin yang mempunyai sifat bertanggungjawab, bukan sahaja sentiasa menyentuh sensitif kaum.





KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

POLITIK:


 Politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem  masyarakat Negara ini yang asalnya sangat taat dan  hidup di bawah pemerintahan  raja dan sultan telah mengalami satu  perubahan yang  drastik. Hak kekuasaan raja serta sultan Melayu   telah  dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada  sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini  telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula  dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem  yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang  mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan  yang telah terpendam dalam diri masyarakat hingga  tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei. Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini  mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah  menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang  diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang  dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati  Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui  cukai.


     

EKONOMI:


 Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu  telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi  tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah  Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan  ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan  penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi  kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi  yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

    Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara  langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomimasing masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari  untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan  kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada  dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan  perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik  seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telahdikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi  faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang  lebih baik.



PENDIDIKAN:


Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu.  Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan  keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan  sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak  bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat  pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini. Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka  ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu.  Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa  itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup  berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada  pula yang  berlainan.




PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARI KEJADIAN 13 MEI 1969

1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.



2. Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.



3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .



4. Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.




5. Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

(ii) Menyusun semula masyarakat

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

LAMPIRAN


 Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan  jalanraya  turut berlaku

 

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang  menjadi sasaran rusuhan


KERATAN AKHBAR DARI PERISTIWA 13 MEI 1969
CONTOH KERATAN AKHBAR YANG MENCERITAKAN KISAH 13 MEI 1969


KERATAN DIATAS MENDEDAHKAN PUNCA 13 MEI 1969

  
KERATAN INI MENUNJUK KN KESAN YANG BERLAKU AKIBAT PERISTIWA HITAM INI

SEHARI SEBELUM KEJADIAN



RUMUSAN

Kami amat bersyukur kerana telah menyelesaikan tugasan pengajian Malaysia dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan tugasan ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah kami pelajari. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripada memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalah anggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.




 RUJUKAN 


BUKU :

  • Book ‘The May 13 Tragedy: A Report, Majlis Gerakan Negara, Kuala Lumpur, 1969'.
  • Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
  • Buku ‘13 Mei Sebelum Dan Selepas’
  • Buku ‘13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur’
  • Peristiwa 13 Mei: sejarah perhubungan Melayu-Cina /Leon Comber/ International Book Service, 1985
LAMAN WEB :

  • http://diniahfalahiah.blogspot.my/2012/05/sejarah-ringkas-peristiwa-13-mei-1969.html
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
  • http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2012/08/tragedi-13-mei-kita-diperbodohkan-oleh.html
  • http://myadha.blogspot.my/2012/05/iktibar-sejarah-13-mei-1969.htm
  • http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
  • http://miqdad-hak.blogspot.my/2010/02/pengajaran-peristiwa-13-mei-1969.html